KPTM telah melangkah ke satu tahap transformasi pengembangan ilmu tanpa sempadan melalui penawaran program pengajian secara Open And Distance Learning (ODL)

Program ini khusus bagi mereka yang sedang bekerja dan tidak mempunyai ruang masa yang banyak untuk menyambung pengajian.

Keistimewaan program ini adalah, pertemuan pelajar dan tutor berlangsung hanya sebulan sekali pada hujung minggu. Dengan ini pelajar yang bekerja tidak perlu meninggalkan rutin pekerjaan untuk menyambung pengajian.

Program ODL ini mengutamakan prinsip pembelajaran secara teradun (Blended learning) dan menawarkan kemudahan akses nota-nota pembelajaran secara dalam talian.

Modul pengajian yang dibangunkan dalam bentuk Self Instructional Material (SIM). Selain modul pengajian, disertakan juga video dan animasi pada setiap topik pembelajaran bagi membantu pemahaman para pelajar. Ini membolehkan para pelajar mengulangkaji setiap topik pengajian secara kendiri dimana-mana mereka berada.

Copyright @ 2019 ODLKPTM | Allright reserved | Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Copyright
Email: odlkb@gapps.kptm.edu.my