DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang ditawarkan secara Open Distance Learning (ODL) ini mengambil tempoh masa 3 tahun 8 Bulan (11 Semester panjang).Pelajar disediakan dengan kurikulum yang melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan kompentasi yang sewajarnya bagi membolehkan mereka menjadi pendidik awal kanak-kanak yang professional dalam menyediakan pengasuhan kanak-kanak yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di TASKA dan TADIKA untuk menjalani latihan industri pada semester terakhir.

Tempoh Program :11 Semester

Kampus :KPTM Kota Bharu

Kod Program :BE103

Yuran Program :RM 12,550.00

Medium Perantaraan :Bahasa Malaysia

Rujukan :N-DL/143/4/0154 (MQA/PA 9737) 07/2025

SYARAT KEMASUKAN KE DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 3 KEPUJIAN mana-mana mata pelajaran ATAU
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dengan memperolehi minimum Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana pelajaran ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dengan memperolehi minimum Gred Maqbul ATAU
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam tahap 3 dalam mana-mana bidang ATAU
Sijil atau kelayakan yang setara dalam mana-mana bidang.

LALUAN KERJAYA

Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara ODL ini dapat meningkatkan taraf kerjaya mereka di pusat asuhan kanak-kanak, taman didikan kanak-kanak, taman bimbingan kanak-kanak dan sebagainya sama ada agensi kerajaan ataupun swasta. Pelajar-pelajar ini juga berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di dalam pendidikan awal kanak-kanak sama ada dengan keperluan khas, pengurusan dan pentadbiran bagi institusi melibatkan pendidikan awal kanak-kanak.


Copyright @ 2019 ODLKPTM | Allright reserved | Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy | Copyright
Email: odlkb@gapps.kptm.edu.my